Tuesday, June 5, 2012

cinta kontrak

Salam...

Post kali nie aku nak citer sikit pasal satu novel yang aku baca....hmm,buku tu menarik juga r... citer dalam novel tuh memang best la....seronok!!!jalan citer die simple je n adew r klakar jugak, cume novel tu memang tebal... berhari jugak la aku nak menghabis kan novel tu... tapi bagi yang pengemar novel maybe bagi dieorang sehari je pown dah boleh habis kowt...
Ok,aku mengaku yang aku nie memang tak bapew suke bab membace-bace nie... so that why la kowt keputusan sej aku tak tinggi...hehehe

Nak buat camner,mood ‘kemalasan’ aku nie melebihi kesepatutan time yang tinggal bapew bulan lagi nak exam SPM..hmm,sebab tu r aku nak menghabiskan satu novel tu berhari2 la jugak..hoho
Oh,aku nie dah melalut ke lain dah nie..ok lah novel yang aku maksudkan adalah “Cinta Kontrak” karya Nurul Ain Syuhada *bukan pengacara majalah 3 tu tau...hehehe*

Aku citer kan sikit synopsis novel nie k :
Nurul Alia Airysha,seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembeljarannya. Dengan bantuan sahabat alongnya,Kak Yati,Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz,seorang pemuda kacukan Perancis yang berkeulusan dari luar Negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya,Dato’ Eddy di sebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mami Danial,Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya.

Denial membawa Airysha untuk bertemu orang tuannya untuk dikahwinkan. Tetapi perahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka oleh Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Di saat akad nikah hampir tiba,Airysha menyusun strategi untuk lari! Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya,dibuang. Apakah perkahwian masih diteruskan? Bagaimanakah kehidupan Airysha selepas ini? Bahagiakah dia? Bagaimanakah pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha?

Hah!! Nak tau selanjutye kene la beli novel nie n baca sendiri (walaupun novel yang aku baca nie bukan aku yang punya n adik aku just pinjam kat kawan die je) tapii....ade aku kesah...hahaha... aku rase sape yang beli novel nie memang tak rugi lah.. 

Emm,nie aku adew amik beberapa keeping gambar kulit buku tu kowt2 korang nak beli ke kan....mane r tau... hoho

hahaha....saje2...

this photo thanks to mr.google


K lah,sampai nie je aku dapat citer sekarang nie... saje2 je post...nak share kat korang ilmu*cewah!!!macam ilmu yang penting ke je kan*...dapat jugak korang menghapuskan mood bosan korang dengan membaca novel nie.... harga novel nie standard novel2 yang len la kan... harga die RM 20.00 bagi semenanjung Malaysia n bagi sabah/Sarawak pulak harganya ialah RM 23.00...

So,selamat membaca... n bubye~

No comments:

Post a Comment

Shiny Green Star