Saturday, June 16, 2012

filem mael lambung dah kuar pawagam?

salam...


nak tengok movie "Mael lambung"...
mesti syoooook habis kan,klakor apatah lagi...
depa kate dah kuar kat pawagam....betoi ka?


hurmm....btw,yang pasti aku tak leh gie... itu kebenaran yang sahih lagi muktamad...


ok,Filem nie diarahkan oleh ahmad idham akan menemui penonton pada jun 2012. Genre cerita ini ialah aksi komedi. Yang bestnya ialah barisan pelakon dia (zizan razak, taiyudin bakar, juliana evans, shenty feliziana) pun kita dah tahu cerita ni pasti best dan mampu setanding dengan filem aksi komedi yang lain.



nie cheq nak habaq kat hampa2 sumor pasai sinopsinyo sikit :

Mael lambung merupakan seorang penarik kereta terkenal di kuala lumpur. Hidupnya mula berubah apabila bertemu dengan maria (juliana evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat. Tujuan penjahat tersebut memburu maria ialah kerana mereka mahukan mikrocip yang mana didalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.

Usaha menyelamatkan diri membawa mereka ke terengganu yang juga kampung halaman mael. Di kampung, mael bertemu pula dengan rozie (shenthy feliziana), bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan tiger (taiyudin bakar). Konflik mula timbul apabila tiger tidak menyenangi kepulangan mael kerana cemburu dengan hubungan antara mael dan rozie dulu.

Penjahat yang memburu maria  itu akhirnya dapat menjejaki mereka di terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu?

hah!!nak tauw lebih lanjut,pi tengok sendiri noorrr movie nie kat pawagam...
ok,aku tau..teruk n hancuss lebuss bahase orang utara dibuat dek aku... sorry morry k.... chill r beb...

so,bubobye~ selamat menuntun yerrr....


No comments:

Post a Comment

Shiny Green Star
Shiny Green Star